Friday, April 19, 2019

Malas Lipat Kain? Baca Ini!

Saya antara emak-emak yang selalu bermasalah (saja buat masalah) dengan kain-kain dan baju yang belum berlipat. Bagilah saya segunung kain untuk digosok, saya mampu gosok. Saya sanggup vacuum rumah setiap hari, basuh pinggan berulang kali sehari. Mop lantai pun okey. Apa-apa sajalah yang berkaitan dengan hal ehwal mengemas rumah, saya mampu. Serius, memang mampu. Tak payah orang suruh, saya akan buat.

Tapi itulah.

Bab lipat kain, susah betul nak cakap. Kalau happy that day, tina-tiba tertenngok kain sebakul belum lipat - boleh buat hidup saya murung sekejap. Sebakul kain tu rasa macam setahun pun tak selesai nak lipat. Takde kekuatan betullah saya nak menghadap kain ni. Kenapa dalam sebanyak-banyak kerja, saya harus bermasalah dengan lipat kain?

Lepas tu tak ada penyelesaian pula tu.

Tengah saya membebel pada blog ni, saya tengah hadap sebakul kain. Tapi belum sehelai baju saya lipat pun, saya dah membebel kat sini. Hahaha ada orang cakap, kita jangan benci apa-apalah dalam dunia ni, tak lama nanti kira jadi suka dan sayang.

Memang betul pun apa orang cakap tu.
Cuma dalam kes saya yang satu ni, saya rasa apa orang cakap tu tak betul sama sekali.
😂

Daripada zaman hostel dulu pun saya tak minat lipat kain. Itu 16 tahun lepas dah. Most of the time, lipat kain sebab terpaksa je. Sebab serabut. Selagi tak serabut locker/almari selagi tu lah tak lipat kain. Kalau zaman sekolah tu macam okey sikitlah. Locker tak besar pun. Jadi tak sempat nak serabut lebih-lebih, kena lipat kain. Kalau zaman matriks, universiti tu memang locker jadi tempat sumbat kain jelah.

Zaman universiti paling teruk.
Masa tak ada. Masa saya banyaknya spend kat fakulti dan studio. Balik kolej untuk tidur dan mandi je. Kain basuh dan jemur. Angkat je kain tu semualah lambak atas katil. Kat kolej universiti tu tak ada warden nak buat spotcheck dah. Pandai-pandailah engkau nak hidup macam mana.

Tapi jangan pulak kau rasa saya pengotor. Haha saya pemalas lipat kain je. Pengotor tidak sekali. Kain yang lambak atas katil tu semua kain bersih. Kalau nak tidur, tolak tepi kain. Tak adalah tidur atas kain. Amboi kau ni. Cepat sangat nak membawang ye.

Dan samalah bujang ke kahwin, perangai malas tu terbawa-bawa. Cuma dah ada family sekarang ni lebih tersusun la. Tak adalah lambak atas katil lagi. Saya manage elok-elok kain yang dah basuh dan belum berlipat tu. Tapi to be honest, saya masih malas lipat kain. Dah bermacam-macam jenis motivasi saya bagi kat diri sendiri tapi tak ada hasil. Cuma nasib saya baik dapat suami yang tak kisah sangat bab lipat kain ni as long asa part lain dalam rumah ni jagalah elok-elok.

See.
Jadi tak ada sebab saya nak lipat kain secara semangat. Push factor tak ada. Kahkah

Tapi selepas kahwin pun saya cakap dengan suami, jangan tegur saya bab lipat kain sebab tu kelemahan saya. Saya memang malas lipat kain, tapi saya suka buat benda lain. Dia okey je. Dan dah enam tahun kahwin dia memang tak pernah sentuh bab lipat kain.

Saya beranggapan dia okey sajalah.

Tapi pandai-pandailah engkau ya. Suami kita tak sama. Jangan jadikan kelemahan lipat kain ni benda obvious dalam rumahtangga. Malas lipat kain? Jangan binbang. Bukan kau sorang je macam tu. Kita geng. Ramai orang lain lagi macam spesis kita. Carilah kekuatan lain untuk korang tunjuk kat suami masing-masing yang korang ni bukannya spesis isteri pemalas.

Mungkin suami saya pun jenis kisah tapi taknak bising dan rumah pun tak pernahlah sepah-sepah kalau dia balik kerja. Maka pejam matalah kain tak lipat, kadang-kadang bertimbun dalam laundry bag. Saya pun manusia biasa yang lemah dan tak bermaya. 😆

Jadi, saya harap korang yang malas lipat kain tu dapat sesuatulah daripada post saya ni. Bukannya tips apapun cuma sengaja nak bagi korang buang masa sikit, lepas tu sambung lipat kain semula. Hilangkan stress.

Kalau makin stress, pergi makan cekelat.

Kbai.